PKPD Westlite-PKNS dan Mentari Court tamat lebih awal, ini 5 tumpuan utama kenyataan TPM

Umavathi Ramayah
Julai 11, 2021 12:31 MYT
Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Pangsapuri Westlite-PKNS, Apartment Mentari Court ditamatkan lebih awal daripadfa yang dijadualkan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti termasuk dua daripadanya di daerah Petaling.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti di Petaling yang ditamatkan PKPD adalah Pangsapuri Westlite-PKNS Petaling Jaya dan Apartment Mentari Court, PJS 8, Bandar Sunway.
Menurutnya, PKPD di kedua-dua lokaliti itu ditamatkan pada Isnin, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Berikut adalah lima fokus perkara yang dinyatakan beliau menerusi kenyataan media pada hari ini.
1. Pelaksanaan PKPD di lima lokaliti bermula 13 Julai ini, empat daripadanya di Sabah.
2. PKPD di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu dan Kampung Nahaba, Kota Belud, di Sabah dilanjutkan dua minggu lagi.
3. Penamatkan PKPD di enam lokaliti termasuk di Pangsapuri Westlite-PKNS Petaling Jaya dan Apartment Mentari Court, PJS 8, Bandar Sunway.
4. Sebanyak 63 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan ingkar SOP diarahkan tutup.
5. Sebanyak 547 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 14 daripadanya direman.
BACA: PKPD di lapan lokaliti libatkan Sabah dan Kelantan mulai 13 Julai
#Timbalan Perdana Menteri #Petaling Jaya #Perdana Menteri #Kota Kinabalu #ismail sabri yaakob #SOP #penjara #perintah kawalan pergerakan #PKPD #Sabah