PKPD tiga lokaliti di Kudat dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP

Isabelle Leong
November 12, 2020 16:21 MYT
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (12 November 2020). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kudat, Sabah iaitu Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang di Kudat dilanjutkan sehingga 26 November.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (12 November 2020):
1) Seramai 431 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Daripada jumlah itu, seramai 413 individu dikompaun, 17 lagi direman dan satu dijamin
3) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (101), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (78) dan gagal menjaga penjarakan fizikal (72).
4) Pihak berkuasa berjaya menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan satu tekong serta merampas dua kenderaan berat dan dua kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.
5) PKPD di tiga lokaliti di Kudat iaitu Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang di Kudat dilanjutkan sehingga 26 November.
#PKPD #Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #Kudat #Kampung Pengaraban #Kampung Tanjung Kapor #Kampung Landung Ayang #Sabah
;