PKPD Ladang Sime Darby, Lipis dilanjut - MKN
Astro Awani
November 18, 2021 23:18 MYT
November 18, 2021 23:18 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Lipis, Pahang, dilanjutkan dari 20 November sehingga 3 Disember.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD itu sepatutnya tamat pada 16 November.
Katanya, keputusan melanjutkan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan COVID-19.
Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan PKPD pada 18 November.