PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Astro Awani
Februari 10, 2022 23:00 MYT
Februari 10, 2022 23:00 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, di Bentong, Pahang akan ditamatkan esok.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan, Datuk Rodzi Md Saad keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula pada 29 Januari lalu dan ditamatkan setelah 14 hari dilaksanakan.
Rodzi juga memaklumkan dalam kenyataan media pada Khamis bahawa tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan atau dilanjutkan PKPD.