PKPD Kampung Serian tamat, antara lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri hari ini

Firdaus Azil
Mac 19, 2021 18:21 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 52 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 36 dikompaun manakala 16 lagi direman.
PUTRAJAYA : Jumlah kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal rendah apabila hanya 52 individu ditahan di seluruh negara semalam.
Berikut antara lima perkara penting kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak tamat esok, 20 Mac 2021.
2. Seramai 52 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 36 dikompaun manakala 16 lagi direman
3. Op BENTENG telah menangkap 26 orang PATI dan merampas 10 buah kenderaan darat serta empat
buah bot/kapal.
4. Seramai 800 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
5. Sebanyak 27 tapak binaan mematuhi SOP manakala satu lagi diarahkan tutup serta-merta.
#lima perkara penting #listicle #ismail sabri yaakob #Menteri Kanan #perintah kawalan pergerakan #PKP #SOP
;