PKPD Kampung Haji Baki Kuching tamat, ini lima perkara penting sidang media Ismail Sabri

Astro Awani
November 13, 2020 18:09 MYT
Ismail Sabri berkata, kelonggaran itu diberikan selepas pihaknya mendapat banyak aduan daripada rakyat yang mahukan sedikit kelonggaran dalam peraturan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan tiga orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan berkuatkuasa Jumaat, 13 November 2020 di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan pada Jumaat berkata, kelonggaran itu diberikan selepas pihaknya mendapat banyak aduan daripada rakyat yang mahukan sedikit kelonggaran dalam peraturan tersebut.
Berikut lima perkara penting dalam sidang media Ismail Sabri pada Jumaat, 13 November 2020:
1) Tiga orang dari rumah yang sama dibenarkan berada dalam satu kenderaan berkuatkuasa Jumaat, 13 November 2020.
2) Kerajaan melanjutkan lagi PKPB WP Labuan bermula 14 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.
3) PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching ditamatkan hari ini, lebih awal dari yang dijadualkan.
4) PDRM menahan 379 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. Daripada jumlah itu, seramai 370 individu telah dikompaun manakala sembilan direman.
5) Op Benteng telah berjaya menahan 27 PATI dan satu tekong serta berjaya merampas lapan kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.
#ismail sabri yaakob #PDRM #SOP #Kuching #kerajaan #pati #rakyat #menteri #operasi #perintah kawalan pergerakan #PKPB #PKPD #perintah kawalan pergerakan bersyarat