PKPD dua kawasan di Labuan berakhir esok - Ismail Sabri
Irwan Muhammad Zain
November 2, 2020 18:57 MYT
November 2, 2020 18:57 MYT
PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPD) di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan akan berakhir esok, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menurut Ismail Sabri, ia susulan saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati statistik jangkitan di dua lokaliti itu menurun dan terkawal.
"Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru bermula dari 21 Oktober sehingga 3 November.
"Sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan terbabit esok seperti yang dijadualkan," katanya pada sidang media media khas, hari ini.
Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, kedua-dua lokaliti itu masih tertakluk di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang sedang berkuat kuasa.
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Kampung Saguking Laut
#Kampung Sebor Baru
#ismail sabri yaakob
#KKM
#COVID-19