GEORGE TOWN: Polis mengingatkan penduduk di 13 lokaliti di sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) supaya tidak cuba keluar daripada kawasan itu tanpa kebenaran.
Ia susulan tindakan seorang lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 23 tahun yang masing-masing dikompaun RM5,000 kerana mengingkari PKPD yang dikenakan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A A Anbalagan berkata selain penduduk terlibat tidak dibenarkan keluar, orang ramai juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut hingga pelaksanaan PKPD itu tamat, 17 Jun depan.
"Saya memberi peringatan kepada semua penduduk supaya mematuhi peraturan ditetapkan. Jangan cuba keluar atau masuk ke kawasan PKPD tanpa kebenaran kerana semalam terdapat dua penduduk yang telah dikompaun kerana cuba keluar dari kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.
Anbalagan berkata lelaki terbabit ditahan pada 7.30 pagi ketika sedang melangkah keluar dari pagar halangan sempadan PKPD di tepi jalan Bayan Lepas dan dia didapati gagal memberikan alasan kukuh sebaliknya hanya memaklumkan ingin keluar daripada kawasan PKPD tersebut sahaja.
Menurutnya wanita itu pula didapati keluar dari halangan sempadan kawasan PKPD dengan melalui jejantas pejalan kaki di Jalan Sultan Azlan Shah, pada 11.45 pagi dengan alasan mahu membeli makanan.
Katanya kedua-dua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 11(3) Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 2021.
Sementara itu, Anbalagan memaklumkan badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan barangan keperluan asas kepada penduduk supaya menyalurkannya menerusi pejabat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk penyelarasan.
"Saya berharap penduduk yang terlibat dengan PKPD supaya terus bersabar dan mematuhi semua peraturan dan undang-undang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19," katanya.
Pelaksanaan PKPD yang bermula 4 Jun lepas hingga 17 Jun tersebut melibatkan kira-kira 10,000 penduduk di kawasan seluas 35 hektar dengan 2,380 unit kediaman serta 83 premis komersial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021
ANBALAGAN: Patuhi peraturan ditetapkan. Jangan cuba keluar atau masuk ke kawasan PKPD tanpa kebenaran. - Gambar fail BERNAMA
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
PKPD di Felda Jengka 25 ditamatkan pada Isnin
Rodzi juga memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD pada 10 Januari.
PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam ditamatkan - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut ditamatkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
COVID-19: PKPD di Kampung Orang Asli Satak dilanjutkan - MKN
Dua lokaliti di Pahang iaitu Pos Betau, Mukim Ulu Julai, Lipis dan Taman Amalina Lestari, Raub ditamatkan PKPD pada 16 November ini.
PKPD di satu lokaliti di Raub, Pahang bermula 3 Nov
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad PKPD di lokaliti tersebut bermula 3 hingga 16 November ini.
PKPD di Felda Lembah Klau ditamatkan esok
PKPD di Felda Lembah Klau telah dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.
Tiada lokaliti dilaksana atau dilanjut PKPD pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan media harian mengenai PKPD.
PKPD di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD
Tidak seperti kebiasaannya, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.
Satu lokaliti baharu dikenakan PKPD
Lokaliti di Pahang yang dilaksanakan PKPD ialah Ladang Bera Selatan 5 & 7, Bera.
PKPD di satu lokaliti di Pahang - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Oktober nanti.