PKPD dilaksanakan di Kampung Bintawa, Kuching mulai tengah malam ini

Astro Awani
Mac 15, 2021 19:43 MYT
Jelas kenyataan JPBN Sarawak, PKPD itu melibatkan Kampung Bintawa Hulu dan Bintawa Tengah dengan jumlah penduduk hampir 4,000 penduduk.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bintawa Kuching bermula esok.
Pelaksanaan PKPD itu berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam 16 Mac hingga 30 Mac 2021.
Tambahnya, PKPD itu melibatkan Kampung Bintawa Hulu dan Bintawa Tengah dengan jumlah penduduk hampir 4,000 penduduk.
"Ujian saringan akan dilaksanakan selama empat hari bermula 18 hingga 21 Mac. Setakat Isnin, terdapat 22 kes positif COVID-19 dilaporkan di kedua-dua kampung tersebut.
BACA: COVID-19: 251 kes positif baharu, satu kematian dilaporkan di Sarawak
"Malah, JPBN Sarawak dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain akan memastikan kawalan ketat di laluan keluar masuk di kampung tersebut," katanya dalam kenyataan pada lewat Isnin.
Untuk rekod, Kampung Bintawa terletak sejauh empat kilometer dari pusat bandaraya Kuching.
#PKPD di Kampung Bintawa #Kampung Bintawa Kuching #JPBN Sarawak #Kuching #Sarawak #Kampung Bintawa Hulu #Kampung Bintawa Tengah #COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
;