PKPD di UMS dan SMKA Kota Kinabalu tamat, ini 5 tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Mei 1, 2021 18:56 MYT
PKPD di Kg. Bergosong, Tawau, Sabah akan dilaksanakan bermula esok. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua institusi pendidikan di Kota Kinabalu, Sabah ditamatkan mengikut jadual.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabril Yaakob, pada Sabtu:
1. PKPD di Kg. Bergosong, Tawau, Sabah akan dilaksanakan bermula 2 Mei.
2. PKPD di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 16 Mei.
3. PKPD di Seluruh Kampus UMS, Kota Kinabalu dan SMKA Kota Kinabalu ditamatkan mengikut jadual.
4. Seramai 286 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, dengan 284 individu dikompaun manakala dua lagi direman.
5. Gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis merupakan kesalahan dengan jumlah tertinggi (125), diikuti tidak memakai pelitup muka (54) dan tiada penjarakan fizikal (49).
BACA: PKPD dilaksanakan di Kg. Bergosong, Tawau mulai esok
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #Tawau #Kota Kinabalu #Ismail Sabril Yaakob #perintah kawalan pergerakan #COVID-19
;