PKPD di tujuh lokasi ditamatkan hari ini dan esok

Irwan Muhammad Zain
Disember 2, 2020 17:55 MYT
Beliau menjelaskan keputusan menamatkan PKPD itu dibuat setelah mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokasi pada 2 dan 3 Disember, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menjelaskan keputusan menamatkan PKPD itu dibuat setelah mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Tujuh lokasi tersebut ialah Penjara Seberang Prai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Prai Pulau Pinang, Pusat Tahanan Sementara Tawau, Penjara Sandakan dan Kuaters Penjara Taman Wira, Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud.
#perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #ismail sabri yaakob #PKP #Menteri Kanan Pertahanan #PKPD ditamatkan
;