PKPD di tiga perkampungan di Pasir Mas, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan

Astro Awani
Mei 7, 2021 10:00 MYT
Langkah-langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di negeri dan kawasan hotspot yang dikenal pasti di bawah sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah-langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini:
1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Paya Ular, Kampung Tualang, dan Kampung Bechah Palas, Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan berkuat kuasa 9 Mei sehingga 22 Mei ini.
2. PKPD di Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat, Selangor tamat pada 7 Mei ini.
3. PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah ditamatkan pada 8 Mei ini.
4. Seramai 486 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 473 individu dikompaun manakala 13 lagi direman.
5. Seramai 21 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap dan 10 buah kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng pada Khamis.
#PDRM #SOP #Polis Diraja Malaysia #PKPD #Ismail Sabri #PKPD Pasir Mas #COVID-19