PKPD di tiga lokaliti di Sabah dan Pahang

Astro Awani
September 23, 2021 19:38 MYT
Tiga lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 8 Oktober depan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 8 Oktober depan.
Ia membabitkan Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, di Sabah, serta Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands dan PASDEC Damansara, Kuantan di Pahang.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Pelaksanaan PKPD berkuatkuasa 25 September hingga 8 Oktober 2021#MKN50#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/bXp65DLdeH

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) September 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, 13 lokaliti PKPD di Sabah, Pahang dan Terengganu ditamatkan pada 24 September ini.
Di Sabah,ia melibatkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Aman di Ranau, Sekolah Henry Gurney di Keningau, Taman Sungai Labuk di Beluran dan Kampung Timug, Matunggong di Kudat.
Manakala di Pahang, PKPD di Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Kuala Lipis turut ditamatkan.
Tujuh lokaliti PKPD ditamatkan di Terengganu pula melibatkan Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.

Penamatan PKPD pada 24 September 2021#MKN50#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/24VsZaRYsJ

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) September 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PKPD #Sabah #Pahang #terengganu #perintah kawalan pergerakan #SOP #MKN