PKPD di tiga kolej kediaman UMS... Ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
April 4, 2021 18:40 MYT
Tiga lokaliti di Sabah termasuk tiga kolej kediaman UMS dikenakan PKPD bermula esok. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tiga lokaliti di Sabah termasuk tiga kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga kolej kediaman itu adalah Kolej Kediaman Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Pengiran Ahmad Raffae.
Berikut adalah lima perkara penting yang dinyatakan beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini:
1. PKPD di tiga kolej kediaman UMS, Kampung Pagalungan Ansip, Keningau dan Kampung Kalindukan, Nabawan bermula esok.
2. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Keningau, Sabah dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 April ini.
3. PKPD di Taman Guru, Kuantan, Pahang ditamatkan pada 5 April, lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
4. Sebanyak 248 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), tiga daripadanya direman.
5. Sejumlah 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Op Benteng. Turut dirampas sebuah buah kapal dan tiga kenderaan darat.
#PKPD #UMS #Sabah #COVID-19 #ismail sabri yaakob #SOP #pati #Op Benteng
;