PKPD di tiga kawasan di Kedah dan Pahang antara tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini

Firdaus Azil
Mei 16, 2021 20:12 MYT
Lima perkara penting kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di satu kawasan di Raub, Pahang, dan dua kawasan di Jitra, Kedah, berkuat kuasa 18 Mei.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. PKPD Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang; dan Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra, Kedah bermula 18 Mei hingga 31 Mei.
2. PKPD di Windmills Condominium, Genting View Resorts dan Apartment Mawar, Genting Highlands, Bentong, Pahang, ditamatkan berkuat kuasa hari ini.
3. 639 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 586 individu dikompaun manakala 53 lagi direman.
4. Seramai lima orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan, dan dua buah kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng.
5. Seramai 589 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
#ismail sabri yaakob #listicle #lima perkara penting #SOP #PKPD #perintah kawalan pergerakan #kerajaan #menteri #Pahang #Kedah #Genting Highlands
;