PKPD di Tawau, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini

Astro Awani
Mei 23, 2021 19:46 MYT
Lima perkara penting dari kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Abaka, Ladang Table, Tawau, Sabah, selama dua minggu, berkuat kuasa 25 Mei ini.
Berikut antara lima perkara penting dalam kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
1. Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Abaka, Ladang Table, Tawau, Sabah, selama dua minggu, berkuat kuasa 25 Mei ini.
2. PKPD di Kampung Keramat, Semporna Sabah, akan ditamatkan mengikut jadual asal, iaitu pada 24 Mei.
3. Seramai 644 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP, daripada jumlah itu 614 individu dikompaun manakala 30 lagi direman.
4. Op Benteng semalam menyaksikan 39 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala tiga kenderaan darat telah dirampas.
5. Seramai 585 warga asing telah menjalani ujian saringan, dan enam kes positif COVID-19 dilaporkan.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKPD #PKP #ujian saringan #Semporna #Tawau #SOP #warga asing #COVID-19
;