PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran ditamatkan

Irwan Muhammad Zain
Disember 24, 2020 17:47 MYT
Ismail Sabri menjelaskan KKM mendapati terdapat tiada peningkatan kes di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah pada 24 Disember seperti yang dijadualkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
"Sehingga 22 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 9,065"ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 806 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini semakin terkawal dan menunjukkan trend penurunan.
"Atas nasihat KKM, sidang khas semalam bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah pada 24 Disember 2020 (hari ini) seperti yang dijadualkan," katanya pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
PKPD di Taman Telipok Ria dilaksanakan bermula 27 November lalu sebelum dilanjutkan sehingga 24 Disember.
#Telipokj Ria #Tuaran #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #tamat #ismail sabri yaakob
;