PKPD di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih

Hilmi Malik
Oktober 11, 2020 17:22 MYT
Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan PKPD di Taman Khazanah Indan dan PPR Mutiara Kasih akan mula berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam 13 hingga 26 Oktober. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan kawasan Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih di daerah Lahad Datu, Sabah.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penguatkuasaan tersebut akan mula berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam 13 hingga 26 Oktober.
“PKPD ini melibatkan seramai 5,452 penduduk di kawasan tersebut dan semua penduduk terlibat perlu mematuhi SOP (proseduer operasi standard) yang telah ditetapkan.
“Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri,” katanya ketika sidang medianya pada Ahad.
Katanya lagi, keputusan tersebut dibuat selepas mendengar nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah susulan terdapat beberapa kes positif di kawasan berkenaan.
#ismail sabri yaakob #SOP #Lahad Datu #PKPD #kes positif #COVID19 #KKM #Taman Khazanah Indah #PPR Mutiara Kasih
;