PKPD di satu lokaliti di Sabah bermula 22 Sept

Astro Awani
September 20, 2021 19:32 MYT
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah bermula 22 September hingga 5 Oktober depan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah bermula 22 September hingga 5 Oktober depan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) di lokaliti ini adalah sama seperti diumumkan sebelum ini.
Dalam kenyataan media hariannya, Rodzi turut memaklumkan PKPD di Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, di Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat pada 21 September dilanjutkan bermula 22 September sehingga 5 Oktober depan.
Beliau juga memaklumkan PKPD di tujuh lokaliti di Sabah ditamatkan pada 21 September membabitkan Kampung Tanjung Batu Tengah di Tawau, Taman Limauan, Kinarut di Papar, Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi di Kota Belud.
Tiga lokaliti lain di Sabah yang ditamatkan PKPD ialah, Kampung Mompilis, Matunggong di Kudat, Kampung Pahu Pinawantai di Ranau dan Kampung Lotong di Kota Marudu.
#PKPD #Rodzi Md Saad #Majlis Keselamatan Negara #MKN #Sabah #Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
;