PKPD di satu lokaliti di Pahang - MKN

Astro Awani
Oktober 3, 2021 19:08 MYT
PKPD di Taman Pantai Lok Kawi di Papar di Sabah ditamatkan pada 4 Oktober ini seperti yang dijadualkan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Sungai Kelang, Mukim Batu Talam di Raub di Pahang.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Oktober nanti.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) di lokaliti tersebut adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Selain itu, PKPD di Taman Pantai Lok Kawi di Papar di Sabah ditamatkan pada 4 Oktober ini seperti yang dijadualkan," katanya dalam kenyataan hariannya pada Ahad
Dalam kenyataan hariannya itu juga, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan PKPD.
#perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #Pahang #MKN #Sabah #dilaksanakan #Ditamatkan
;