PKPD di SABK Maahad Al-Yahyawiah disambung dua minggu lagi
Bernama
November 22, 2020 06:14 MYT
November 22, 2020 06:14 MYT
KUALA KANGSAR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas yang tamat pada Sabtu dilanjutkan dua minggu lagi, berkuat kuasa semalam sehingga 5 Dis depan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata surat penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk PKPD di premis itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.
"Penugasan polis di kawasan PKPD itu berjalan macam biasa dengan mengekalkan dua sekatan jalan raya di laluan masuk dan keluar sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 7 Nov lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD selama dua minggu di sekolah itu bermula pada 8 sehingga 21 Nov selepas Kementerian Kesihatan merekodkan 27 kes positif wabak COVID-19 setakat 5 Nov.
Setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 55 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Perak dengan menjadikan kes semasa bagi tempoh 9 hingga 22 Nov sebanyak 508 kes.
-- BERNAMA
Perak, COVID-19, PKPD, Sabk Maahad Yahyawiah
#SOP
#Noor Hisham Abdullah
#sekolah
#Kementerian Kesihatan
#PKPD
#COVID-19
#kerajaan
#kesihatan
#keselamatan
#polis
#Kuala Kangsar
#SABK Maahad Al-Yahyawiyah
#Padang Rengas
#lanjutan PKPD
#ismail sabri yaakob
#kes positif
#Perak