PKPD di Puspen Sungai Ruan di Raub ditamatkan

Astro Awani
Disember 10, 2021 22:42 MYT
Rodzi memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan, Mukim Gali, di Raub, Pahang ditamatkan pada 11 Disember.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad PKPD di lokaliti tersebut ditamatkan pada tarikh yang dijadualkan.
Rodzi juga memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
Selain itu beliau memaklumkan tiada pengumuman mana-mana lokalti yang dilaksanakan dan dilanjutkan PKPD pada 10 Disember.
#PKPD #Majlis Keselamatan Negara #KKM #Puspen Sungai Ruan
;