PKPD di Pusat Tahanan Sementara KK, ini 5 perkara penting sidang media Ismail Sabri
Fauzi Suhaimi
November 1, 2020 16:38 MYT
November 1, 2020 16:38 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu bermula 3 hingga 16 November ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan melibatkan seramai 1,820 orang tahanan dan 114 orang kakitangan pusat tahanan tersebut.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini:
1. PDRM menahan 485 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 480 individu telah dikompaun.
2. Op Benteng berjaya menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI), serta berjaya merampas empat kenderaan darat.
3. Sebanyak 298 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilakukan di seluruh negara.
4. Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Penjara Alor Setar pada esok.
5. Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu bermula 3 hingga 16 November ini.
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#PKPP
#PKPD
#PKP
#Kota Kinabalu
#COVID-19
#Op Benteng