PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban
Astro Awani
November 23, 2020 16:53 MYT
November 23, 2020 16:53 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban selama 14 hari.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan itu akan berkuat kuasa bermula 24 November sehingga 7 November depan.
"Mengenai insiden jangkitan COVID-19 Penjara dan Kuarters Penjara Seremban, 246 ujian bersasar dilakukan, dan dua dilaporkan positif di penjara.
"Berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju bahawa PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjaran Seremban bermula 24 November hingga 7 Disember," katanya dalam sidang media mengenai PKPP dan PKPB di sini pada Ahad.
Ujarnya, PKPD itu meliputi seluruh penjara termasuk blok penjara, blok pentadbiran, kuarters pegawai dan kakitangan melibatkan seramai 2,080 penghuni.
"SOP PKPD penjara sama dengan SOP penjara di lain termasuk menyekat keluar masuk dan tidak membenarkan pelawat," katanya lagi.
#COVID-19
#PKPD
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#KKM