PKPD di Pelagat, Besut dan 2 lokaliti di Tanjung Manis, Mukah bermula 20 Mei

Astro Awani
Mei 18, 2021 18:57 MYT
PKPD dilaksanakan bertujuan mengehadkan pergerakan penduduk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 serta memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dalam kalangan penduduk. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mukim Pelagat di Besut, Terengganu serta Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong di Tanjung Manis, Mukah, Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, bagi Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong, sebanyak lima kes positif telah direkodkan dalam tempoh empat hari ujian saringan bergejala dan kontak rapat kes positif.
Katanya, bagi 13 kampung di Mukim Pelagat, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 199 kes positif COVID-19 daripada 1,092 ujian saringan.
"KKM juga melaporkan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dengan kadar positiviti tinggi serta kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi di lokaliti tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pelaksanaan PKPD di semua kawasan itu bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.
#perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #ismail sabri yaakob #Pelagat #Mukah #Rumah panjang #Bakerkong
;