PKPD di Pantos, Lipis dilanjutkan sehingga 4 November

Astro Awani
Oktober 20, 2021 15:43 MYT
PKPD di kawasan itu akan dilanjutkan dari 22 Oktober sehingga 4 November ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kawasan Program Bersepadu Daerah Terpencil (Projek untuk Penempatan Orang Asli) Pantos, Lipis, Pahang akan terus berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam tempoh dua minggu.
Ia selepas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan, PKPD di kawasan itu akan dilanjutkan dari 22 Oktober sehingga 4 November ini.
“PKPD di lokaliti tersebut pada awalnya dijadualkan tamat pada esok.
“Bagaimanapun setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilanjutkan di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata, tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan atau ditamatkan PKPD pada 20 Oktober ini.
#PKPD #perintah kawalan pergerakan #Majlis Keselamatan Negara #Pahang #MKN #Pantos #lipis