PKPD di Medan 88 Salak Tinggi, Sepang bermula esok - Ismail Sabri
Astro Awani
November 11, 2020 18:01 MYT
November 11, 2020 18:01 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Medan 88 Salak Tinggi, Sepang, Selangor, bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan berkuat kuasa bermula 12 hingga 25 November.
Katanya, pelaksanaan PKPD itu dibuat susulan 39 kes positif COVID-19 yang dikesan di kawasan itu.
"Sehingga 5 November, sebanyak 39 kes positif COVID-19 telah direkodkan di situ. Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Sidang Khas bersetuju PKPD dilaksanakan berkuat kuasa 12 hingga 25 November, " katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
PKPD itu akan melibatkan sebanyak lebih 284 premis serta 800 penduduk.
Pada masa sama, katanya Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti yang diperkenalkan sebelum ini.
Pada pagi Rabu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut membuat tinjauan di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi.
#PKPD
#Medan 88
#Salak Tinggi
#Sepang
#Selangor
#COVID-19
#Ismail Sabri
#SOP
#peningkatan kes COVID-19
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin