PKPD di Ladang FGV Tembangau 7, Bera ditamatkan - MKN

Astro Awani
Disember 3, 2021 21:28 MYT
Penamatan PKPD dibuat selepas MKN meneliti situasi semasa. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Tembangau 7, Bera, Pahang, ditamatkan esok.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan penamatan itu dibuat selepas pihaknya meneliti situasi semasa.
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 21 November lalu.
Rodzi juga memaklumkan tiada pengumuman lokaliti baharu yang dikenakan atau dilanjutkan PKPD, hari ini.
#PKPD #perintah kawalan pergerakan #MKN #Ladang FGV Tembangau 7
;