PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri

Firdaus Azil
Mac 7, 2021 19:11 MYT
KKM telah melaksanakan 596 ujian saringan di Kg Tringgus, sebanyak 37 kes positif telah direkodkan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Kuching, Sarawak bermula esok sehingga 21 Mac, 2021.
PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok, pula akan dilanjutkan sehingga 22 Mac, 2021.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Mac, 2021.
1. 442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.
2. 102 PATI ditahan, 4 kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng.
3. PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Kuching, Sarawak bermula 8 Mac sehingga 21 Mac 2021.
4. PKPD di Kg Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, dilanjutkan sehingga 22 Mac 2021.
4. PKPD Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Bahagian Kuching, Sarawak tamat pada 8 Mac seperti dijadualkan
#lima perkara penting #ismail sabri yaakob #Menteri Kanan Pertahanan #perintah kawalan pergerakan #PKPD #kerajaan #Media #COVID-19 #tumpuan ismail sabri
;