PKPD di KEMTA Kamunting, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Isabelle Leong
Disember 29, 2020 17:08 MYT
Disember 29, 2020 17:08 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) di Taiping, Perak dan kuarters bermula esok, 30 Disember hingga 12 Januari depan.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (29 Disember 2020):
1) Seramai 142 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (53), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (sembilan) dan lain-lain (dua).
3) PKPD dilaksanakan di KEMTA Taiping dan kuarters bermula Rabu, 30 Disember hingga 12 Januari depan.
4) Pihak berkuasa berjaya menahan 16 PATI dan merampas tiga kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.
5) Anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di sembilan tapak binaan di seluruh Malaysia pada Isnin dan kesemuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
#Pusat Koreksional Kamunting
#KEMTA
#Taiping
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#perintah kawalan pergerakan
#KEMTA Taiping
#kuarters
#Operasi Benteng