PKPD di Kampung Sungai Penchala, 5 lokaliti di Sabah ditamatkan

Faris Danial Razi
Jun 22, 2021 12:22 MYT
Ismail Sabri memaklumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di enam lokaliti di dua negeri bermula 22 dan 23 Jun. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di Sabah dan Kuala Lumpur bermula 22 dan 23 Jun.
Di Sabah, ia membabitkan Kampung Sungai Obar, Batu 7 dan Fasa 9b Taman Indah Jaya di Sandakan; Kampung Sin San dan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi di Kudat; serta Taman Perdana di Lahad Datu.
Di Kuala Lumpur pula, lokaliti ditamatkan PKPD ialah Kampung Sungai Penchala.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri memaklumkan terdapat pelanjutan PKPD membabitkan Kampung Kepayau di Kota Belud, Sabah bermula 24 Jun sehingga 7 Julai.
#ismail sabri yaakob #Sandakan #Lahad Datu #Kementerian Kesihatan #Malaysia #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #PKPD #Sabah