PKPD di Kampung Sabah Baru, ini lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan

Isabelle Leong
November 9, 2020 17:56 MYT
PKPD dilaksanakan di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah bermula 10 sehingga 23 November. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah mulai esok, 10 November 2020.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (9 November 2020):
1) PKPD dilaksanakan di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah bermula 10 sehingga 23 November.
2) PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah ditamatkan hari ini manakala PKPD di Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 di Kuala Langat, Selangor ditamatkan esok (10 November 2020).
3) PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi bermula 10 hingga 23 November.
4) PKPD di Plaza Hentian Kajang, Selangor; Putra Point, Nilai dan Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak dilanjutkan dari 11 hingga 24 November.
5) Seramai 717 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
#PKPD #Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #Kampung Sabah Baru #ismail sabri yaakob #Menteri Kanan Pertahanan #Sabah #Sabah Baru #Lahad Datu #Pangsapuri Mutiara Kasih #Taman Khazanah Indah #Kampung Haji Baki
;