PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Raub dilanjut bermula 5 Nov

Astro Awani
November 3, 2021 13:49 MYT
Rodzi memaklumkan mesyuarat MKN pada 3 November memutuskan tiada PKPD baharu akan dilaksanakan esok atau Jumaat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, di Raub, Pahang yang sepatutnya tamat pada 4 November dilanjutkan sehingga 18 November.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Dalam kenyataan harian mengenai PKPD, Rodzi juga memaklumkan PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai, di Lipis Pahang ditamatkan pada 4 November.
Jelas beliau, keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa.
Dalam kenyataan itu juga, Rodzi memaklumkan mesyuarat MKN pada 3 November memutuskan tiada PKPD baharu akan dilaksanakan esok atau Jumaat.
#PKPD #Rodzi Md Saad #MKN #KKM