PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Raub bermula esok

Astro Awani
Oktober 21, 2021 12:00 MYT
PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub Pahang akan bermula 22 Oktober sehingga 4 November. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Satu lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula esok.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, dalam kenyataannya memaklumkan, lokaliti berkenaan ialah Kampung Orang Asli Ruai, Raub, Pahang.
"PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub Pahang akan bermula 22 Oktober sehingga 4 November.
Sementara itu, tiada lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada hari ini.
Sumber Facebook KPMKNJPM
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #Majlis Keselamatan Negara #MKN #Kampung Orang Asli Ruai #Raub #Pahang