PKPD di kampung Orang Asli di Batang Padang, Perak esok - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Januari 20, 2021 18:19 MYT
PKPD di kawasan itu akan bermula esok (21 Disember) hingga 3 Februari 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang, Batang Padang, Perak.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan bermula esok (21 Disember) hingga 3 Februari 2021.
“Sejak 14 Januari 2021, KKM telah melaksanakan ujian saringan ke atas penduduk yang bergejala serta saringan kontak rapat dan sehingga 18 Januari 2021 sebanyak 12 kes positif telah direkodkan di lokaliti ini.
“Kementerian Kesihantan (KKM) turut mengesahkan terdapat seramai 87 kontak rapat yang sedang dikuarantin ketika ini,” kata kenyataan tersebut.
Pelaksanaan PKPD ini bertujuan untuk mengawal pergerakan penduduk serta memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar di lokaliti ini yang melibatkan seramai 494 penduduk.
#KKM #PKPD #Kampung Orang Asli Batu 6 #Jalan Pahang #Batang Padang #Perak #Orang Asli #positif #COVID-19 #Ismail Sabri
;