PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam ditamatkan - MKN

Astro Awani
Disember 24, 2021 19:35 MYT
Rodzi menjelaskan, keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Jawa, Ayer Hitam, Hilir Perak, di Perak ditamatkan pada 25 Disember.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut ditamatkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
Rodzi menjelaskan, keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam itu dimulakan pada 18 Disember lalu setelah KKM mendapati terdapat peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.
Rodzi juga memaklumkan tiada pelaksanaan dan pelanjutan PKPD pada 24 Disember.
#perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #Majlis Keselamatan Negara #MKN #Rodzi Md Saad
;