PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam bermula esok - MKN

Astro Awani
Disember 17, 2021 14:50 MYT
PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam, Perak, dilaksanakan bermula 18 Disember sehingga 31 Disember. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Jawa, Ayer Hitam, Perak, dilaksanakan bermula 18 sehingga 31 Disember.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan COVID-19.
Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini.
Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 17 Disember.
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #SOP #MKN