PKPD di Flat Desa Bistari ditamatkan hari ini - Ismail Sabri

Astro Awani
Disember 26, 2020 08:59 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan penamatan PKPD lebih awal bagi lokaliti itu dibuat hasil nasihat dan penilaian risiko oleh KKM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistari, Batu Uban di Pulang Pinang akan ditamatkan hari ini, berbanding jadual asal 31 Disember.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan penamatan PKPD lebih awal bagi lokaliti itu dibuat hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Jelas beliau, setakat ini KKM telah selesai melaksanakan saringan ke atas semua penduduk di lokaliti tersebut.
"Tiada lagi sampel menunggu keputusan.
"KKM turut mengesahkan baki kes positif COVID-19 dilokaliti ini terkawal dan menunjukkan trend penurunan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
#ismail sabri yaakob #Kementerian Kesihatan #perintah kawalan pergerakan #kes positif #COVID-19 #PKPD #batu uban #Flat Desa Bistari