PKPD di Felda Lembah Klau ditamatkan esok

Astro Awani
Oktober 24, 2021 21:10 MYT
PKPD di Felda Lembah Klau telah dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Lembah Klau, Mukim Gali di Raub, Pahang pada 25 Oktober (esok).
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad menjelaskan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD di Felda Lembah Klau telah dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.
Dalam kenyataan media harian berkaitan PKPD pada Ahad, Rodzi memaklumkan tiada pelaksanaan dan pelanjutan PKPD di seluruh negara.
#perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #Majlis Keselamatan Negara #MKN #Felda Lembah Klau #COVID-19
;