PKPD di Felda Jengka 25, Temerloh bermula esok - MKN
Astro Awani
Disember 27, 2021 20:25 MYT
Disember 27, 2021 20:25 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 25, Temerloh, Pahang akan dilaksanakan bermula 28 Disember 2021 sehingga 10 Januari 2022.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan COVID-19.
"Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 27 Disember.