PKPD di Felda Jengka 25 ditamatkan pada Isnin
Astro Awani
Januari 9, 2022 23:22 MYT
Januari 9, 2022 23:22 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 25, Temerloh di Pahang yang dilaksanakan pada 28 Disember lalu akan ditamatkan pada 10 Januari ini seperti yang dijadualkan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
Rodzi juga memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD pada 10 Januari.
Malaysia mencatatkan 2,888 kes baharu COVID-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,786,219.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 11 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,655 kematian.
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Ditamatkan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Rodzi Md Saad