PKPD di dua lokaliti di Lipis, Pahang tamat esok

Astro Awani
Oktober 14, 2021 22:11 MYT
Dalam kenyataan harian mengenai PKPD pada Khamis, Rodzi juga memaklumkan tiada lanjutan PKPD di mana-mana lokaliti. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lokaliti dalam daerah Lipis di Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 15 Oktober seperti dijadualkan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di dua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
Beliau memaklumkan dua lokaliti tersebut membabitkan Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu.
Dalam kenyataan harian mengenai PKPD pada Khamis, Rodzi juga memaklumkan tiada lanjutan PKPD di mana-mana lokaliti.
#PKPD #lipis #Pahang #MKN #KKM
;