PKPD di dua kawasan, berikut lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan hari ini

Madiha Abdullah
Februari 22, 2021 18:33 MYT
Menurut Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Emperoh Jambu, bahagian Kuching, Sarawak dan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 509 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 466 dikompaun, 39 direman dengan empat daripadanya dijamin.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Isnin.
1) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Emperoh Jambu, bahagian Kuching, Sarawak dan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah.
2) PKPD di kedua-dua kawasan ini akan bermula dari 23 Februari hingga 8 Mac 2021.
3) Seramai 10,288 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, sembilan didapati positif.
4) Secara kumulatif, seramai 437,211 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19.
5) Daripada jumlah ini, seramai 7,852 orang telah disahkan positif.
#COVID-19 #ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan diperketat #ujian saringan #PKPD #Kuching #Kota Marudu
;