PKPD di Asrama Pekerja Westlite, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini

Hasimi Muhamad
Disember 25, 2020 10:02 MYT
PKPD di Asrama Pekerja Westlite bermula 26 Disember hingga 8 Januari 2021. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ke-199 menyaksikan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP Diperketat (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru.
Berikut lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Jumaat.
1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 246 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 236 dikenakan kompaun manakala 10 direman.
2. Seramai 76 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dua tekong ditahan serta lapan buah kenderaan dirampas dalam Operasi Benteng.
3. Seramai 91,791 individu pulang ke tanah air dan ditempatkan di 76 Hotel, dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta.
4. Bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara.
5. PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Disember hingga 8 Januari 2021.
BACA: PKPD di Asrama Pekerja Westlite mulai esok hingga 8 Jan - Ismail Sabri
#menteri #keselamatan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #perintah kawalan pergerakan #PDRM #PKPD #PKP #Johor Bahru #COVID-19