PKPD di Amber Court Apartment, Ria Apartment dilanjutkan sehingga 6 Jan

Irwan Muhammad Zain
Disember 22, 2020 09:54 MYT
PKPD Apartment Amber Court dan Apartment Ria di Genting Highlands dilanjutkan dari 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Amber Court, Apartment Ria Jalan Genting dekat Bentong, selama 14 hari lagi, kata Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri menjelaskan PKPD di dua apartment tersebut dilanjutkan dari 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari 2021.
Beliau juga memaklumkan, bagi Rumah Kongsi Kampung Semaut di lokaliti sama, pihaknya memutuskan untuk menamatkan PKPD di kawasan itu esok mengikut jadual.
"Atas nasihat Kementerian Kesihatan, Sidang Khas MKN telah bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Apartment Amber Court dan Apartment Ria di Jalan Genting bermula 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari 2021.
"Dan dalam masa yang sama, Sidang Khas MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di Kampung Semaut pada 23 Disember seperti yang dijadualkan," katanya pada sidang media khas perkembangan Perintah Kawalkan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Menurut beliau, keputusan melanjutkan PKPD di Apartment Amber Court dan Apartment Ria itu dibuat hasil nasihat dan penilaian risiko penularan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengikut situasi semasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
#perintah kawalan pergerakan #PKP #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #ismail sabri yaakob #Amber Court Apartment #Apartment Ria