PKPD di 9 lokaliti, 8 daripadanya di Sabah - Hishammuddin
Astro Awani
Ogos 14, 2021 17:46 MYT
Ogos 14, 2021 17:46 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan lokaliti diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada sembilan lokaliti tersebut, lapan lokaliti adalah di Sabah manakala satu di Pahang.
Berikut merupakan lokaliti-lokaliti yang terlibat dengan PKPD tersebut:
1. Dua (2) lokaliti di Tawau, Sabah:
• Kampung Sungai Pukul
• Kampung Muhibbah Raya
2. Dua (2) lokaliti di Ranau, Sabah:
• Kampung Paka Kawiyan
• Kampung Matupang
3. Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran, Sabah
4. Pekan Donggongan, Penampang, Sabah
(Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa 2)
5. Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud, Sabah
6. Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat, Sabah
7. Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang
Kesemua lokaliti itu akan menjalani PKPD sehingga 29 Ogos depan.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut memaklumkan PKPD di Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan tamat 14 Ogos ini dilanjutkan sehingga 28 Ogos depan.
Selain itu, Hishammuddin turut memaklumkan 10 lokaliti yang dilaksnakan PKPD sebelum ini akan ditamatkan bermula hari ini.
1. Empat lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah
• Lorong Kuala Laut Likas
• Kampung Warisan
• Kampung Rakyat Baru
• Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom
(Ditamatkan pada 14 Ogos 2021)
2. Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah
(Ditamatkan pada 15 Ogos 2021)
3. Dua lokaliti di Beaufort, Sabah
• Lorong 3, Kampung Klias Baru
• Kampung Melulugus
(Ditamatkan pada 15 Ogos 2021)
4. Dua lokaliti di daerah Rompin, Pahang
• Bandar Melati
• Ladang Senang
(Ditamatkan pada 15 Ogos 2021)
5. Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara, Petaling, Selangor
(Ditamatkan pada 14 Ogos 2021)
#Hishammuddin Hussein
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Orang Asli
#PKPD di Sabah
#PKPD terkini
#lokasi PKPD
#Tawau
#Sabah
#Pahang