KUALA LUMPUR: Enam lokaliti di Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 15 hingga 28 Jun ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, lima lokaliti di Sabah ialah Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri) di Tawau; Taman Puri Warisan di Kota Kinabalu; Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan di Tuaran; serta Kampung Lebak Mayoh di Kota Belud.
Satu lagi lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Tabuan Hj. Drahman di Kuching, Sarawak.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan tindakan kawalan COVID-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan serta menghalang penularan jangkitan ke komuniti luar.
"PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan bagi memastikan penduduk yang berisiko kekal berada dalam kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan harian Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.
Sementara itu, Ismail Sabri juga memaklumkan lanjutan PKPD di Taman Pelangi, Semporna dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat di Sabah sehingga 28 Jun.
Beliau turut memaklumkan penamatan PKPD di lapan lokaliti di Sabah dan Kedah bermula 14 Jun seperti yang dijadualkan.
Menurut Ismail Sabri, enam lokaliti di Sabah ialah Jalan Klias 2 dan Jalan Klias 3 di Beaufort; Kampung Kuala Menggatal di Kota Kinabalu; Kampung Assam di Lahad Datu; serta Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud.
Katanya, di Kedah, dua lokaliti terbabit ialah Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Jitra.
Astro Awani
Sun Jun 13 2021

PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan bagi memastikan penduduk yang berisiko kekal berada dalam kawasan tersebut. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PKPD di Felda Jengka 25 ditamatkan pada Isnin
Rodzi juga memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksana atau dilanjutkan PKPD pada 10 Januari.

PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam ditamatkan - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut ditamatkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

COVID-19: PKPD di Kampung Orang Asli Satak dilanjutkan - MKN
Dua lokaliti di Pahang iaitu Pos Betau, Mukim Ulu Julai, Lipis dan Taman Amalina Lestari, Raub ditamatkan PKPD pada 16 November ini.

PKPD di satu lokaliti di Raub, Pahang bermula 3 Nov
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad PKPD di lokaliti tersebut bermula 3 hingga 16 November ini.

PKPD di Felda Lembah Klau ditamatkan esok
PKPD di Felda Lembah Klau telah dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.

Tiada lokaliti dilaksana atau dilanjut PKPD pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan media harian mengenai PKPD.

PKPD di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Okt - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD
Tidak seperti kebiasaannya, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.

Satu lokaliti baharu dikenakan PKPD
Lokaliti di Pahang yang dilaksanakan PKPD ialah Ladang Bera Selatan 5 & 7, Bera.

PKPD di satu lokaliti di Pahang - MKN
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Oktober nanti.