PKPD di 5 lokaliti di Sabah, Sarawak bermula 16 Julai - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Julai 14, 2021 20:15 MYT
Ismail Sabri berkata PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat yang dijadual tamat esok dilanjutkan sehingga 29 Julai - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah dan Sarawak bermula 16 Julai hingga 29 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata empat lokaliti adalah di Sabah, sementara satu lagi di Sarawak.
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Kampung Lubak, Beaufort; Blok 2, Blok 6 serta Blok 9, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan; Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar; dan Kampung Melalam, Sipitang.
Di Sarawak, Ismail Sabri berkata ia melibatkan Kampung Jagoi Duyoh, Daerah Bau, Kuching.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat yang dijadual tamat esok dilanjutkan sehingga 29 Julai.
#PKPD Sabah #PKPD Sarawak #PKPD lanjut #Ismail Sabri #PKP 3 0 #MCO 3 0 #COVID-19
;