PKPD di 2 lokaliti di Pahang dan Perak tamat esok
Nickyson Nyambar
Oktober 15, 2021 21:02 MYT
Oktober 15, 2021 21:02 MYT
KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti masing-masing di Pahang dan Perak ditamatkan esok.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, lokaliti terbabit ialah Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis dan Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Tanjung Rambutan, Kinta.
"Perkara itu diputuskan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Sementara itu, tiada pengumuman berkenaan PKPD baharu, mahupun lokaliti yang dilanjutkan PKPD pada hari ini oleh MKN.