PKPD di 10 lokaliti di Pahang, Sabah ditamatkan

Astro Awani
Jun 20, 2021 20:22 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan menamatkan PKPD pada 20 dan 21 Jun itu dibuat setelah KKM melaporkan kes aktif di lokaliti terbabit menurun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sepuluh lokaliti di Pahang dan Sabah pada 20 dan 21 Jun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes aktif di lokaliti terbabit menurun, kluster terkawal selain semua kes positif telah diasingkan.
Katanya, PKPD di Apartment Taman Permata, Sandakan, Sabah tamat pada 20 Jun seperti jadualkan.
PKPD di dua perkampungan di Kota Belud; Kampung Bergosong di Tawau; di Kampung Ongkilan di Kota Marudu di Sabah juga ditamatkan mengikut jadual pada 21 Jun.
Tiga lokaliti di Jaya Gading Kuantan serta Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang ditamatkan PKPD pada 21 Jun seperti dijadualkan.
#PKPD #tamat #Pahang #Sabah #ismail sabri yaakob
;